MyDugsiStart learning

Surah 'Abasa in Malay: translation and audio

Surah 80 · عبس · He Frowned · 42 verses

Surah 'Abasa verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah 'Abasa word by word in English.

Verse 1

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

Transliteration ʿabasa watawallā

Malay Ia memasamkan muka dan berpaling,

Verse 2

أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ

Transliteration an jāahu l-aʿmā

Malay Kerana ia didatangi orang buta.

Verse 3

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ

Transliteration wamā yud'rīka laʿallahu yazzakkā

Malay Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

Verse 4

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ

Transliteration aw yadhakkaru fatanfaʿahu l-dhik'rā

Malay Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

Verse 5

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ

Transliteration ammā mani is'taghnā

Malay Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

Verse 6

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

Transliteration fa-anta lahu taṣaddā

Malay Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

Verse 7

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

Transliteration wamā ʿalayka allā yazzakkā

Malay Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Verse 8

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ

Transliteration wa-ammā man jāaka yasʿā

Malay Adapun orang yang segera datang kepadamu,

Verse 9

وَهُوَ يَخْشَىٰ

Transliteration wahuwa yakhshā

Malay Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

Verse 10

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

Transliteration fa-anta ʿanhu talahhā

Malay Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

Verse 11

كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ

Transliteration kallā innahā tadhkiratun

Malay Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

Verse 12

فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

Transliteration faman shāa dhakarahu

Malay Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Verse 13

فِى صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ

Transliteration fī ṣuḥufin mukarramatin

Malay (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

Verse 14

مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍۭ

Transliteration marfūʿatin muṭahharatin

Malay Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

Verse 15

بِأَيْدِى سَفَرَةٍ

Transliteration bi-aydī safaratin

Malay (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

Verse 16

كِرَامٍۭ بَرَرَةٍ

Transliteration kirāmin bararatin

Malay (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Verse 17

قُتِلَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ

Transliteration qutila l-insānu mā akfarahu

Malay Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

Verse 18

مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ

Transliteration min ayyi shayin khalaqahu

Malay (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

Verse 19

مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ

Transliteration min nuṭ'fatin khalaqahu faqaddarahu

Malay Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

Verse 20

ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ

Transliteration thumma l-sabīla yassarahu

Malay Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

Verse 21

ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ

Transliteration thumma amātahu fa-aqbarahu

Malay Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

Verse 22

ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ

Transliteration thumma idhā shāa ansharahu

Malay Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

Verse 23

كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ

Transliteration kallā lammā yaqḍi mā amarahu

Malay Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

Verse 24

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ

Transliteration falyanẓuri l-insānu ilā ṭaʿāmihi

Malay (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

Verse 25

أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّا

Transliteration annā ṣababnā l-māa ṣabban

Malay Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Verse 26

ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّا

Transliteration thumma shaqaqnā l-arḍa shaqqan

Malay Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

Verse 27

فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّا

Transliteration fa-anbatnā fīhā ḥabban

Malay Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

Verse 28

وَعِنَبًا وَقَضْبًا

Transliteration waʿinaban waqaḍban

Malay Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

Verse 29

وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا

Transliteration wazaytūnan wanakhlan

Malay Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

Verse 30

وَحَدَآئِقَ غُلْبًا

Transliteration waḥadāiqa ghul'ban

Malay Dan taman-taman yang menghijau subur,

Verse 31

وَفَـٰكِهَةً وَأَبًّا

Transliteration wafākihatan wa-abban

Malay Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

Verse 32

مَّتَـٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَـٰمِكُمْ

Transliteration matāʿan lakum wali-anʿāmikum

Malay Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Verse 33

فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ

Transliteration fa-idhā jāati l-ṣākhatu

Malay Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

Verse 34

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

Transliteration yawma yafirru l-maru min akhīhi

Malay Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

Verse 35

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

Transliteration wa-ummihi wa-abīhi

Malay Dan ibunya serta bapanya,

Verse 36

وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

Transliteration waṣāḥibatihi wabanīhi

Malay Dan isterinya serta anak-anaknya; -

Verse 37

لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

Transliteration likulli im'ri-in min'hum yawma-idhin shanun yugh'nīhi

Malay Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Verse 38

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ

Transliteration wujūhun yawma-idhin mus'firatun

Malay Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Verse 39

ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ

Transliteration ḍāḥikatun mus'tabshiratun

Malay Tertawa, lagi bersuka ria;

Verse 40

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ

Transliteration wawujūhun yawma-idhin ʿalayhā ghabaratun

Malay Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

Verse 41

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ

Transliteration tarhaquhā qataratun

Malay Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

Verse 42

أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ

Transliteration ulāika humu l-kafaratu l-fajaratu

Malay Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Read Surah 'Abasa in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.