MyDugsiStart learning

Surah Al-Balad in Malay: translation and audio

Surah 90 · البلد · The City · 20 verses

Surah Al-Balad verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Balad word by word in English.

Verse 1

لَآ أُقْسِمُ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ

Transliteration lā uq'simu bihādhā l-baladi

Malay Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

Verse 2

وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ

Transliteration wa-anta ḥillun bihādhā l-baladi

Malay Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

Verse 3

وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ

Transliteration wawālidin wamā walada

Malay Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

Verse 4

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ

Transliteration laqad khalaqnā l-insāna fī kabadin

Malay Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

Verse 5

أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ

Transliteration ayaḥsabu an lan yaqdira ʿalayhi aḥadun

Malay Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

Verse 6

يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا

Transliteration yaqūlu ahlaktu mālan lubadan

Malay Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

Verse 7

أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ

Transliteration ayaḥsabu an lam yarahu aḥadun

Malay Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

Verse 8

أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ

Transliteration alam najʿal lahu ʿaynayni

Malay (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

Verse 9

وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ

Transliteration walisānan washafatayni

Malay Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

Verse 10

وَهَدَيْنَـٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ

Transliteration wahadaynāhu l-najdayni

Malay Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

Verse 11

فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ

Transliteration falā iq'taḥama l-ʿaqabata

Malay Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

Verse 12

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ

Transliteration wamā adrāka mā l-ʿaqabatu

Malay Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

Verse 13

فَكُّ رَقَبَةٍ

Transliteration fakku raqabatin

Malay (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

Verse 14

أَوْ إِطْعَـٰمٌ فِى يَوْمٍ ذِى مَسْغَبَةٍ

Transliteration aw iṭ'ʿāmun fī yawmin dhī masghabatin

Malay Atau memberi makan pada hari kelaparan -

Verse 15

يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ

Transliteration yatīman dhā maqrabatin

Malay Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Verse 16

أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ

Transliteration aw mis'kīnan dhā matrabatin

Malay Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

Verse 17

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ

Transliteration thumma kāna mina alladhīna āmanū watawāṣaw bil-ṣabri watawāṣaw bil-marḥamati

Malay Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

Verse 18

أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ

Transliteration ulāika aṣḥābu l-maymanati

Malay (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

Verse 19

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا هُمْ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ

Transliteration wa-alladhīna kafarū biāyātinā hum aṣḥābu l-mashamati

Malay Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

Verse 20

عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌۢ

Transliteration ʿalayhim nārun mu'ṣadatun

Malay Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Read Surah Al-Balad in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.