Surah Al-Muddaththir in Malay: translation and audio
Surah 74 · المدثر · The Cloaked One · 56 verses
Surah Al-Muddaththir verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Muddaththir word by word in English.
Verse 1
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ
Transliteration yāayyuhā l-mudathiru
Malay Wahai orang yang berselimut!
Verse 2
قُمْ فَأَنذِرْ
Transliteration qum fa-andhir
Malay Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Verse 3
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
Transliteration warabbaka fakabbir
Malay Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Verse 4
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Transliteration wathiyābaka faṭahhir
Malay Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Verse 5
وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ
Transliteration wal-ruj'za fa-uh'jur
Malay Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Verse 6
وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ
Transliteration walā tamnun tastakthiru
Malay Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Verse 7
وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ
Transliteration walirabbika fa-iṣ'bir
Malay Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Verse 8
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ
Transliteration fa-idhā nuqira fī l-nāqūri
Malay Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
Verse 9
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ
Transliteration fadhālika yawma-idhin yawmun ʿasīrun
Malay Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
Verse 10
عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ
Transliteration ʿalā l-kāfirīna ghayru yasīrin
Malay Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
Verse 11
ذَرْنِى وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا
Transliteration dharnī waman khalaqtu waḥīdan
Malay (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
Verse 12
وَجَعَلْتُ لَهُۥ مَالًا مَّمْدُودًا
Transliteration wajaʿaltu lahu mālan mamdūdan
Malay Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Verse 13
وَبَنِينَ شُهُودًا
Transliteration wabanīna shuhūdan
Malay Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Verse 14
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمْهِيدًا
Transliteration wamahhadttu lahu tamhīdan
Malay Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Verse 15
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
Transliteration thumma yaṭmaʿu an azīda
Malay Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
Verse 16
كَلَّآ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِـَٔايَـٰتِنَا عَنِيدًا
Transliteration kallā innahu kāna liāyātinā ʿanīdan
Malay Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
Verse 17
سَأُرْهِقُهُۥ صَعُودًا
Transliteration sa-ur'hiquhu ṣaʿūdan
Malay Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
Verse 18
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Transliteration innahu fakkara waqaddara
Malay Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
Verse 19
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Transliteration faqutila kayfa qaddara
Malay Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
Verse 20
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Transliteration thumma qutila kayfa qaddara
Malay Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
Verse 21
ثُمَّ نَظَرَ
Transliteration thumma naẓara
Malay Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Verse 22
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Transliteration thumma ʿabasa wabasara
Malay Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
Verse 23
ثُمَّ أَدْبَرَ وَٱسْتَكْبَرَ
Transliteration thumma adbara wa-is'takbara
Malay Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
Verse 24
فَقَالَ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ
Transliteration faqāla in hādhā illā siḥ'run yu'tharu
Malay Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
Verse 25
إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا قَوْلُ ٱلْبَشَرِ
Transliteration in hādhā illā qawlu l-bashari
Malay "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
Verse 26
سَأُصْلِيهِ سَقَرَ
Transliteration sa-uṣ'līhi saqara
Malay (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
Verse 27
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سَقَرُ
Transliteration wamā adrāka mā saqaru
Malay Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
Verse 28
لَا تُبْقِى وَلَا تَذَرُ
Transliteration lā tub'qī walā tadharu
Malay Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
Verse 29
لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ
Transliteration lawwāḥatun lil'bashari
Malay Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
Verse 30
عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
Transliteration ʿalayhā tis'ʿata ʿashara
Malay Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
Verse 31
وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةً ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَـٰنًا ۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ
Transliteration wamā jaʿalnā aṣḥāba l-nāri illā malāikatan wamā jaʿalnā ʿiddatahum illā fit'natan lilladhīna kafarū liyastayqina alladhīna ūtū l-kitāba wayazdāda alladhīna āmanū īmānan walā yartāba alladhīna ūtū l-kitāba wal-mu'minūna waliyaqūla alladhīna fī qulūbihim maraḍun wal-kāfirūna mādhā arāda l-lahu bihādhā mathalan kadhālika yuḍillu l-lahu man yashāu wayahdī man yashāu wamā yaʿlamu junūda rabbika illā huwa wamā hiya illā dhik'rā lil'bashari
Malay Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
Verse 32
كَلَّا وَٱلْقَمَرِ
Transliteration kallā wal-qamari
Malay Sebenarnya! Demi bulan,
Verse 33
وَٱلَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ
Transliteration wa-al-layli idh adbara
Malay Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
Verse 34
وَٱلصُّبْحِ إِذَآ أَسْفَرَ
Transliteration wal-ṣub'ḥi idhā asfara
Malay Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
Verse 35
إِنَّهَا لَإِحْدَى ٱلْكُبَرِ
Transliteration innahā la-iḥ'dā l-kubari
Malay Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
Verse 36
نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ
Transliteration nadhīran lil'bashari
Malay Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
Verse 37
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ
Transliteration liman shāa minkum an yataqaddama aw yata-akhara
Malay (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
Verse 38
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Transliteration kullu nafsin bimā kasabat rahīnatun
Malay Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Verse 39
إِلَّآ أَصْحَـٰبَ ٱلْيَمِينِ
Transliteration illā aṣḥāba l-yamīni
Malay Kecuali puak Kanan,
Verse 40
فِى جَنَّـٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ
Transliteration fī jannātin yatasāalūna
Malay (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
Verse 41
عَنِ ٱلْمُجْرِمِينَ
Transliteration ʿani l-muj'rimīna
Malay Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
Verse 42
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ
Transliteration mā salakakum fī saqara
Malay (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Verse 43
قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ
Transliteration qālū lam naku mina l-muṣalīna
Malay Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Verse 44
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ
Transliteration walam naku nuṭ'ʿimu l-mis'kīna
Malay "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
Verse 45
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ
Transliteration wakunnā nakhūḍu maʿa l-khāiḍīna
Malay "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
Verse 46
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ
Transliteration wakunnā nukadhibu biyawmi l-dīni
Malay "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
Verse 47
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ
Transliteration ḥattā atānā l-yaqīnu
Malay "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
Verse 48
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ
Transliteration famā tanfaʿuhum shafāʿatu l-shāfiʿīna
Malay Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Verse 49
فَمَا لَهُمْ عَنِ ٱلتَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
Transliteration famā lahum ʿani l-tadhkirati muʿ'riḍīna
Malay (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
Verse 50
كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ
Transliteration ka-annahum ḥumurun mus'tanfiratun
Malay Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Verse 51
فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍۭ
Transliteration farrat min qaswaratin
Malay Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Verse 52
بَلْ يُرِيدُ كُلُّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً
Transliteration bal yurīdu kullu im'ri-in min'hum an yu'tā ṣuḥufan munasharatan
Malay (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Verse 53
كَلَّا ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ
Transliteration kallā bal lā yakhāfūna l-ākhirata
Malay Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Verse 54
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌ
Transliteration kallā innahu tadhkiratun
Malay Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Verse 55
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Transliteration faman shāa dhakarahu
Malay Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Verse 56
وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ هُوَ أَهْلُ ٱلتَّقْوَىٰ وَأَهْلُ ٱلْمَغْفِرَةِ
Transliteration wamā yadhkurūna illā an yashāa l-lahu huwa ahlu l-taqwā wa-ahlu l-maghfirati
Malay Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Read Surah Al-Muddaththir in another language
- English (word by word)
- Albanian
- Amazigh
- Amharic
- Assamese
- Azerbaijani
- Bambara
- Bangla
- Bosnian
- Bulgarian
- Chechen
- Chinese
- Czech
- Dari
- Dhivehi
- Dutch
- Finnish
- French
- German
- Gujarati
- Hausa
- Hebrew
- Hindi
- Indonesian
- Italian
- Japanese
- Kannada
- Kazakh
- Khmer
- Kinyarwanda
- Korean
- Kurdish
- Luganda
- Malayalam
- Maranao
- Marathi
- Nepali
- Norwegian
- Oromo
- Pashto
- Persian
- Polish
- Portuguese
- Romanian
- Russian
- Sindhi
- Sinhala
- Somali
- Spanish
- Swahili
- Swedish
- Tagalog
- Tajik
- Tamil
- Tatar
- Telugu
- Thai
- Turkish
- Ukrainian
- Urdu
- Uyghur
- Uzbek
- Vietnamese
- Yao
- Yoruba
All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.
Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.