MyDugsiStart learning

Surah At-Takwir in Malay: translation and audio

Surah 81 · التكوير · The Overthrowing · 29 verses

Surah At-Takwir verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah At-Takwir word by word in English.

Verse 1

إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ

Transliteration idhā l-shamsu kuwwirat

Malay Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

Verse 2

وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ

Transliteration wa-idhā l-nujūmu inkadarat

Malay Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

Verse 3

وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ

Transliteration wa-idhā l-jibālu suyyirat

Malay Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

Verse 4

وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ

Transliteration wa-idhā l-ʿishāru ʿuṭṭilat

Malay Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

Verse 5

وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ

Transliteration wa-idhā l-wuḥūshu ḥushirat

Malay Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

Verse 6

وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ

Transliteration wa-idhā l-biḥāru sujjirat

Malay Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

Verse 7

وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ

Transliteration wa-idhā l-nufūsu zuwwijat

Malay Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

Verse 8

وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ

Transliteration wa-idhā l-mawūdatu su-ilat

Malay Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

Verse 9

بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْ

Transliteration bi-ayyi dhanbin qutilat

Malay Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Verse 10

وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ

Transliteration wa-idhā l-ṣuḥufu nushirat

Malay Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

Verse 11

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ

Transliteration wa-idhā l-samāu kushiṭat

Malay Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

Verse 12

وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ

Transliteration wa-idhā l-jaḥīmu suʿʿirat

Malay Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

Verse 13

وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ

Transliteration wa-idhā l-janatu uz'lifat

Malay Dan apabila Syurga didekatkan;

Verse 14

عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّآ أَحْضَرَتْ

Transliteration ʿalimat nafsun mā aḥḍarat

Malay (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Verse 15

فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ

Transliteration falā uq'simu bil-khunasi

Malay Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

Verse 16

ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ

Transliteration al-jawāri l-kunasi

Malay Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

Verse 17

وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ

Transliteration wa-al-layli idhā ʿasʿasa

Malay Dan malam, apabila ia hampir habis,

Verse 18

وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Transliteration wal-ṣub'ḥi idhā tanaffasa

Malay Dan siang, apabila ia mulai terang;

Verse 19

إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

Transliteration innahu laqawlu rasūlin karīmin

Malay Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

Verse 20

ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍ

Transliteration dhī quwwatin ʿinda dhī l-ʿarshi makīnin

Malay Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

Verse 21

مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ

Transliteration muṭāʿin thamma amīnin

Malay Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

Verse 22

وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ

Transliteration wamā ṣāḥibukum bimajnūnin

Malay Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

Verse 23

وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ

Transliteration walaqad raāhu bil-ufuqi l-mubīni

Malay Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

Verse 24

وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍ

Transliteration wamā huwa ʿalā l-ghaybi biḍanīnin

Malay Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

Verse 25

وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَـٰنٍ رَّجِيمٍ

Transliteration wamā huwa biqawli shayṭānin rajīmin

Malay Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

Verse 26

فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ

Transliteration fa-ayna tadhhabūna

Malay (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

Verse 27

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَـٰلَمِينَ

Transliteration in huwa illā dhik'run lil'ʿālamīna

Malay Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

Verse 28

لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ

Transliteration liman shāa minkum an yastaqīma

Malay Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

Verse 29

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

Transliteration wamā tashāūna illā an yashāa l-lahu rabbu l-ʿālamīna

Malay Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Read Surah At-Takwir in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.