Surah Al-Waqi'ah in Malay: translation and audio
Surah 56 · الواقعة · The Inevitable · 96 verses
Surah Al-Waqi'ah verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Waqi'ah word by word in English.
Verse 1
إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
Transliteration idhā waqaʿati l-wāqiʿatu
Malay Apabila berlaku hari kiamat itu,
Verse 2
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Transliteration laysa liwaqʿatihā kādhibatun
Malay Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Verse 3
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ
Transliteration khāfiḍatun rāfiʿatun
Malay Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
Verse 4
إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا
Transliteration idhā rujjati l-arḍu rajjan
Malay (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Verse 5
وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا
Transliteration wabussati l-jibālu bassan
Malay Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Verse 6
فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا
Transliteration fakānat habāan munbathan
Malay Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Verse 7
وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًا ثَلَـٰثَةً
Transliteration wakuntum azwājan thalāthatan
Malay Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Verse 8
فَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ
Transliteration fa-aṣḥābu l-maymanati mā aṣḥābu l-maymanati
Malay Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Verse 9
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ
Transliteration wa-aṣḥābu l-mashamati mā aṣḥābu l-mashamati
Malay Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Verse 10
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ
Transliteration wal-sābiqūna l-sābiqūna
Malay Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Verse 11
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ
Transliteration ulāika l-muqarabūna
Malay Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Verse 12
فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Transliteration fī jannāti l-naʿīmi
Malay (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Verse 13
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
Transliteration thullatun mina l-awalīna
Malay (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Verse 14
وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
Transliteration waqalīlun mina l-ākhirīna
Malay Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Verse 15
عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ
Transliteration ʿalā sururin mawḍūnatin
Malay (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Verse 16
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَـٰبِلِينَ
Transliteration muttakiīna ʿalayhā mutaqābilīna
Malay Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Verse 17
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ
Transliteration yaṭūfu ʿalayhim wil'dānun mukhalladūna
Malay Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Verse 18
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ
Transliteration bi-akwābin wa-abārīqa wakasin min maʿīnin
Malay Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Verse 19
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Transliteration lā yuṣaddaʿūna ʿanhā walā yunzifūna
Malay Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Verse 20
وَفَـٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Transliteration wafākihatin mimmā yatakhayyarūna
Malay Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Verse 21
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
Transliteration walaḥmi ṭayrin mimmā yashtahūna
Malay Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Verse 22
وَحُورٌ عِينٌ
Transliteration waḥūrun ʿīnun
Malay Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Verse 23
كَأَمْثَـٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ
Transliteration ka-amthāli l-lu'lu-i l-maknūni
Malay Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Verse 24
جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Transliteration jazāan bimā kānū yaʿmalūna
Malay (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Verse 25
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا
Transliteration lā yasmaʿūna fīhā laghwan walā tathīman
Malay Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
Verse 26
إِلَّا قِيلًا سَلَـٰمًا سَلَـٰمًا
Transliteration illā qīlan salāman salāman
Malay Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Verse 27
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ
Transliteration wa-aṣḥābu l-yamīni mā aṣḥābu l-yamīni
Malay Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Verse 28
فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Transliteration fī sid'rin makhḍūdin
Malay Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Verse 29
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ
Transliteration waṭalḥin manḍūdin
Malay Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Verse 30
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ
Transliteration waẓillin mamdūdin
Malay Dan naungan yang tetap terbentang,
Verse 31
وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ
Transliteration wamāin maskūbin
Malay Dan air yang sentiasa mengalir,
Verse 32
وَفَـٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
Transliteration wafākihatin kathīratin
Malay Serta buah-buahan yang banyak,
Verse 33
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Transliteration lā maqṭūʿatin walā mamnūʿatin
Malay Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Verse 34
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ
Transliteration wafurushin marfūʿatin
Malay Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Verse 35
إِنَّآ أَنشَأْنَـٰهُنَّ إِنشَآءً
Transliteration innā anshanāhunna inshāan
Malay Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Verse 36
فَجَعَلْنَـٰهُنَّ أَبْكَارًا
Transliteration fajaʿalnāhunna abkāran
Malay Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Verse 37
عُرُبًا أَتْرَابًا
Transliteration ʿuruban atrāban
Malay Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Verse 38
لِّأَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
Transliteration li-aṣḥābi l-yamīni
Malay (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Verse 39
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ
Transliteration thullatun mina l-awalīna
Malay Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Verse 40
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ
Transliteration wathullatun mina l-ākhirīna
Malay Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Verse 41
وَأَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ
Transliteration wa-aṣḥābu l-shimāli mā aṣḥābu l-shimāli
Malay Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Verse 42
فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
Transliteration fī samūmin waḥamīmin
Malay Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Verse 43
وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ
Transliteration waẓillin min yaḥmūmin
Malay Serta naungan dari asap hitam,
Verse 44
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
Transliteration lā bāridin walā karīmin
Malay Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
Verse 45
إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
Transliteration innahum kānū qabla dhālika mut'rafīna
Malay Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Verse 46
وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ
Transliteration wakānū yuṣirrūna ʿalā l-ḥinthi l-ʿaẓīmi
Malay Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
Verse 47
وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Transliteration wakānū yaqūlūna a-idhā mit'nā wakunnā turāban waʿiẓāman a-innā lamabʿūthūna
Malay Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Verse 48
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ
Transliteration awaābāunā l-awalūna
Malay "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
Verse 49
قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ
Transliteration qul inna l-awalīna wal-ākhirīna
Malay Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
Verse 50
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ
Transliteration lamajmūʿūna ilā mīqāti yawmin maʿlūmin
Malay "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
Verse 51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ
Transliteration thumma innakum ayyuhā l-ḍālūna l-mukadhibūna
Malay "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
Verse 52
لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ
Transliteration laākilūna min shajarin min zaqqūmin
Malay Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
Verse 53
فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ
Transliteration famāliūna min'hā l-buṭūna
Malay "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
Verse 54
فَشَـٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ
Transliteration fashāribūna ʿalayhi mina l-ḥamīmi
Malay "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Verse 55
فَشَـٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ
Transliteration fashāribūna shur'ba l-hīmi
Malay "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Verse 56
هَـٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ
Transliteration hādhā nuzuluhum yawma l-dīni
Malay Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Verse 57
نَحْنُ خَلَقْنَـٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Transliteration naḥnu khalaqnākum falawlā tuṣaddiqūna
Malay Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
Verse 58
أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
Transliteration afara-aytum mā tum'nūna
Malay (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
Verse 59
ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَـٰلِقُونَ
Transliteration a-antum takhluqūnahu am naḥnu l-khāliqūna
Malay Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
Verse 60
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Transliteration naḥnu qaddarnā baynakumu l-mawta wamā naḥnu bimasbūqīna
Malay Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
Verse 61
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَـٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ
Transliteration ʿalā an nubaddila amthālakum wanunshi-akum fī mā lā taʿlamūna
Malay (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
Verse 62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Transliteration walaqad ʿalim'tumu l-nashata l-ūlā falawlā tadhakkarūna
Malay Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Verse 63
أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ
Transliteration afara-aytum mā taḥruthūna
Malay Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Verse 64
ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ
Transliteration a-antum tazraʿūnahu am naḥnu l-zāriʿūna
Malay Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
Verse 65
لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَـٰهُ حُطَـٰمًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Transliteration law nashāu lajaʿalnāhu ḥuṭāman faẓaltum tafakkahūna
Malay Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Verse 66
إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
Transliteration innā lamugh'ramūna
Malay (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Verse 67
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
Transliteration bal naḥnu maḥrūmūna
Malay "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
Verse 68
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ
Transliteration afara-aytumu l-māa alladhī tashrabūna
Malay Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
Verse 69
ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ
Transliteration a-antum anzaltumūhu mina l-muz'ni am naḥnu l-munzilūna
Malay Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
Verse 70
لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَـٰهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Transliteration law nashāu jaʿalnāhu ujājan falawlā tashkurūna
Malay Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Verse 71
أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ
Transliteration afara-aytumu l-nāra allatī tūrūna
Malay Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
Verse 72
ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ
Transliteration a-antum anshatum shajaratahā am naḥnu l-munshiūna
Malay Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
Verse 73
نَحْنُ جَعَلْنَـٰهَا تَذْكِرَةً وَمَتَـٰعًا لِّلْمُقْوِينَ
Transliteration naḥnu jaʿalnāhā tadhkiratan wamatāʿan lil'muq'wīna
Malay Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
Verse 74
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
Transliteration fasabbiḥ bi-is'mi rabbika l-ʿaẓīmi
Malay Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
Verse 75
۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Transliteration falā uq'simu bimawāqiʿi l-nujūmi
Malay Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
Verse 76
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Transliteration wa-innahu laqasamun law taʿlamūna ʿaẓīmun
Malay Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
Verse 77
إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ
Transliteration innahu laqur'ānun karīmun
Malay Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Verse 78
فِى كِتَـٰبٍ مَّكْنُونٍ
Transliteration fī kitābin maknūnin
Malay Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Verse 79
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ
Transliteration lā yamassuhu illā l-muṭaharūna
Malay Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Verse 80
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Transliteration tanzīlun min rabbi l-ʿālamīna
Malay Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Verse 81
أَفَبِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ
Transliteration afabihādhā l-ḥadīthi antum mud'hinūna
Malay Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Verse 82
وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Transliteration watajʿalūna riz'qakum annakum tukadhibūna
Malay Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Verse 83
فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ
Transliteration falawlā idhā balaghati l-ḥul'qūma
Malay Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
Verse 84
وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ
Transliteration wa-antum ḥīna-idhin tanẓurūna
Malay Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
Verse 85
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
Transliteration wanaḥnu aqrabu ilayhi minkum walākin lā tub'ṣirūna
Malay Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
Verse 86
فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
Transliteration falawlā in kuntum ghayra madīnīna
Malay Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
Verse 87
تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ
Transliteration tarjiʿūnahā in kuntum ṣādiqīna
Malay Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
Verse 88
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ
Transliteration fa-ammā in kāna mina l-muqarabīna
Malay Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
Verse 89
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Transliteration farawḥun warayḥānun wajannatu naʿīmin
Malay Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
Verse 90
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
Transliteration wa-ammā in kāna min aṣḥābi l-yamīni
Malay Dan jika ia dari puak kanan,
Verse 91
فَسَلَـٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ
Transliteration fasalāmun laka min aṣḥābi l-yamīni
Malay Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
Verse 92
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
Transliteration wa-ammā in kāna mina l-mukadhibīna l-ḍālīna
Malay Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Verse 93
فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ
Transliteration fanuzulun min ḥamīmin
Malay Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
Verse 94
وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
Transliteration wataṣliyatu jaḥīmin
Malay Serta bakaran api neraka.
Verse 95
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ
Transliteration inna hādhā lahuwa ḥaqqu l-yaqīni
Malay Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Verse 96
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
Transliteration fasabbiḥ bi-is'mi rabbika l-ʿaẓīmi
Malay Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Read Surah Al-Waqi'ah in another language
- English (word by word)
- Albanian
- Amazigh
- Amharic
- Assamese
- Azerbaijani
- Bambara
- Bangla
- Bosnian
- Bulgarian
- Chechen
- Chinese
- Czech
- Dari
- Dhivehi
- Dutch
- Finnish
- French
- German
- Gujarati
- Hausa
- Hebrew
- Hindi
- Indonesian
- Italian
- Japanese
- Kannada
- Kazakh
- Khmer
- Kinyarwanda
- Korean
- Kurdish
- Luganda
- Malayalam
- Maranao
- Marathi
- Nepali
- Norwegian
- Oromo
- Pashto
- Persian
- Polish
- Portuguese
- Romanian
- Russian
- Sindhi
- Sinhala
- Somali
- Spanish
- Swahili
- Swedish
- Tagalog
- Tajik
- Tamil
- Tatar
- Telugu
- Thai
- Turkish
- Ukrainian
- Urdu
- Uyghur
- Uzbek
- Vietnamese
- Yao
- Yoruba
All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.
Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.