MyDugsiStart learning

Surah An-Naba in Malay: translation and audio

Surah 78 · النبإ · The Tidings · 40 verses

Surah An-Naba verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah An-Naba word by word in English.

Verse 1

عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ

Transliteration ʿamma yatasāalūna

Malay Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

Verse 2

عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ

Transliteration ʿani l-naba-i l-ʿaẓīmi

Malay Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

Verse 3

ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

Transliteration alladhī hum fīhi mukh'talifūna

Malay Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

Verse 4

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Transliteration kallā sayaʿlamūna

Malay Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

Verse 5

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Transliteration thumma kallā sayaʿlamūna

Malay Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

Verse 6

أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَـٰدًا

Transliteration alam najʿali l-arḍa mihādan

Malay (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

Verse 7

وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا

Transliteration wal-jibāla awtādan

Malay Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

Verse 8

وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًا

Transliteration wakhalaqnākum azwājan

Malay Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

Verse 9

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

Transliteration wajaʿalnā nawmakum subātan

Malay Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

Verse 10

وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًا

Transliteration wajaʿalnā al-layla libāsan

Malay Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

Verse 11

وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا

Transliteration wajaʿalnā l-nahāra maʿāshan

Malay Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

Verse 12

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

Transliteration wabanaynā fawqakum sabʿan shidādan

Malay Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

Verse 13

وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا

Transliteration wajaʿalnā sirājan wahhājan

Malay Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

Verse 14

وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا

Transliteration wa-anzalnā mina l-muʿ'ṣirāti māan thajjājan

Malay Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

Verse 15

لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا

Transliteration linukh'rija bihi ḥabban wanabātan

Malay Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

Verse 16

وَجَنَّـٰتٍ أَلْفَافًا

Transliteration wajannātin alfāfan

Malay Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

Verse 17

إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَـٰتًا

Transliteration inna yawma l-faṣli kāna mīqātan

Malay Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

Verse 18

يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا

Transliteration yawma yunfakhu fī l-ṣūri fatatūna afwājan

Malay Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

Verse 19

وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا

Transliteration wafutiḥati l-samāu fakānat abwāban

Malay Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

Verse 20

وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا

Transliteration wasuyyirati l-jibālu fakānat sarāban

Malay Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Verse 21

إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا

Transliteration inna jahannama kānat mir'ṣādan

Malay Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

Verse 22

لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابًا

Transliteration lilṭṭāghīna maāban

Malay Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Verse 23

لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًا

Transliteration lābithīna fīhā aḥqāban

Malay Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Verse 24

لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا

Transliteration lā yadhūqūna fīhā bardan walā sharāban

Malay Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

Verse 25

إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا

Transliteration illā ḥamīman waghassāqan

Malay Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

Verse 26

جَزَآءً وِفَاقًا

Transliteration jazāan wifāqan

Malay Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

Verse 27

إِنَّهُمْ كَانُوا۟ لَا يَرْجُونَ حِسَابًا

Transliteration innahum kānū lā yarjūna ḥisāban

Malay Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

Verse 28

وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابًا

Transliteration wakadhabū biāyātinā kidhāban

Malay Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

Verse 29

وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَـٰهُ كِتَـٰبًا

Transliteration wakulla shayin aḥṣaynāhu kitāban

Malay Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Verse 30

فَذُوقُوا۟ فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا

Transliteration fadhūqū falan nazīdakum illā ʿadhāban

Malay (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

Verse 31

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا

Transliteration inna lil'muttaqīna mafāzan

Malay Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Verse 32

حَدَآئِقَ وَأَعْنَـٰبًا

Transliteration ḥadāiqa wa-aʿnāban

Malay (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

Verse 33

وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

Transliteration wakawāʿiba atrāban

Malay Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

Verse 34

وَكَأْسًا دِهَاقًا

Transliteration wakasan dihāqan

Malay Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

Verse 35

لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّٰبًا

Transliteration lā yasmaʿūna fīhā laghwan walā kidhāban

Malay Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

Verse 36

جَزَآءً مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًا

Transliteration jazāan min rabbika ʿaṭāan ḥisāban

Malay Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

Verse 37

رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ٱلرَّحْمَـٰنِ ۖ لَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ خِطَابًا

Transliteration rabbi l-samāwāti wal-arḍi wamā baynahumā l-raḥmāni lā yamlikūna min'hu khiṭāban

Malay Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

Verse 38

يَوْمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ صَفًّا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحْمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

Transliteration yawma yaqūmu l-rūḥu wal-malāikatu ṣaffan lā yatakallamūna illā man adhina lahu l-raḥmānu waqāla ṣawāban

Malay (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Verse 39

ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا

Transliteration dhālika l-yawmu l-ḥaqu faman shāa ittakhadha ilā rabbihi maāban

Malay Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

Verse 40

إِنَّآ أَنذَرْنَـٰكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يَـٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرَٰبًۢا

Transliteration innā andharnākum ʿadhāban qarīban yawma yanẓuru l-maru mā qaddamat yadāhu wayaqūlu l-kāfiru yālaytanī kuntu turāban

Malay Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Read Surah An-Naba in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.