MyDugsiStart learning

Surah Al-Qiyamah in Malay: translation and audio

Surah 75 · القيامة · The Resurrection · 40 verses

Surah Al-Qiyamah verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Qiyamah word by word in English.

Verse 1

لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ

Transliteration lā uq'simu biyawmi l-qiyāmati

Malay Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Verse 2

وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ

Transliteration walā uq'simu bil-nafsi l-lawāmati

Malay Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

Verse 3

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ

Transliteration ayaḥsabu l-insānu allan najmaʿa ʿiẓāmahu

Malay Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Verse 4

بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ

Transliteration balā qādirīna ʿalā an nusawwiya banānahu

Malay Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Verse 5

بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَـٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ

Transliteration bal yurīdu l-insānu liyafjura amāmahu

Malay (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Verse 6

يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَـٰمَةِ

Transliteration yasalu ayyāna yawmu l-qiyāmati

Malay Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Verse 7

فَإِذَا بَرِقَ ٱلْبَصَرُ

Transliteration fa-idhā bariqa l-baṣaru

Malay Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

Verse 8

وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ

Transliteration wakhasafa l-qamaru

Malay Dan bulan hilang cahayanya,

Verse 9

وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ

Transliteration wajumiʿa l-shamsu wal-qamaru

Malay Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

Verse 10

يَقُولُ ٱلْإِنسَـٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ

Transliteration yaqūlu l-insānu yawma-idhin ayna l-mafaru

Malay (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Verse 11

كَلَّا لَا وَزَرَ

Transliteration kallā lā wazara

Malay Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Verse 12

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمُسْتَقَرُّ

Transliteration ilā rabbika yawma-idhin l-mus'taqaru

Malay Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Verse 13

يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَـٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Transliteration yunabba-u l-insānu yawma-idhin bimā qaddama wa-akhara

Malay Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Verse 14

بَلِ ٱلْإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌ

Transliteration bali l-insānu ʿalā nafsihi baṣīratun

Malay Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

Verse 15

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ

Transliteration walaw alqā maʿādhīrahu

Malay Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Verse 16

لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ

Transliteration lā tuḥarrik bihi lisānaka litaʿjala bihi

Malay Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

Verse 17

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ

Transliteration inna ʿalaynā jamʿahu waqur'ānahu

Malay Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Verse 18

فَإِذَا قَرَأْنَـٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ

Transliteration fa-idhā qaranāhu fa-ittabiʿ qur'ānahu

Malay Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Verse 19

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ

Transliteration thumma inna ʿalaynā bayānahu

Malay Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

Verse 20

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ

Transliteration kallā bal tuḥibbūna l-ʿājilata

Malay Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

Verse 21

وَتَذَرُونَ ٱلْـَٔاخِرَةَ

Transliteration watadharūna l-ākhirata

Malay Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

Verse 22

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ

Transliteration wujūhun yawma-idhin nāḍiratun

Malay Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

Verse 23

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Transliteration ilā rabbihā nāẓiratun

Malay Melihat kepada Tuhannya.

Verse 24

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌ

Transliteration wawujūhun yawma-idhin bāsiratun

Malay Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

Verse 25

تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Transliteration taẓunnu an yuf'ʿala bihā fāqiratun

Malay Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

Verse 26

كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ

Transliteration kallā idhā balaghati l-tarāqiya

Malay Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

Verse 27

وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ

Transliteration waqīla man rāqin

Malay Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

Verse 28

وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ

Transliteration waẓanna annahu l-firāqu

Malay Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

Verse 29

وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ

Transliteration wal-tafati l-sāqu bil-sāqi

Malay Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

Verse 30

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ

Transliteration ilā rabbika yawma-idhin l-masāqu

Malay (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

Verse 31

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ

Transliteration falā ṣaddaqa walā ṣallā

Malay (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

Verse 32

وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Transliteration walākin kadhaba watawallā

Malay Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

Verse 33

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ

Transliteration thumma dhahaba ilā ahlihi yatamaṭṭā

Malay Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

Verse 34

أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ

Transliteration awlā laka fa-awlā

Malay (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

Verse 35

ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ

Transliteration thumma awlā laka fa-awlā

Malay Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

Verse 36

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى

Transliteration ayaḥsabu l-insānu an yut'raka sudan

Malay Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

Verse 37

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمْنَىٰ

Transliteration alam yaku nuṭ'fatan min maniyyin yum'nā

Malay Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

Verse 38

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ

Transliteration thumma kāna ʿalaqatan fakhalaqa fasawwā

Malay Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

Verse 39

فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ

Transliteration fajaʿala min'hu l-zawjayni l-dhakara wal-unthā

Malay Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

Verse 40

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْـِۧىَ ٱلْمَوْتَىٰ

Transliteration alaysa dhālika biqādirin ʿalā an yuḥ'yiya l-mawtā

Malay Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Read Surah Al-Qiyamah in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.