MyDugsiStart learning

Surah Al-Ghashiyah in Malay: translation and audio

Surah 88 · الغاشية · The Overwhelming · 26 verses

Surah Al-Ghashiyah verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Ghashiyah word by word in English.

Verse 1

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ

Transliteration hal atāka ḥadīthu l-ghāshiyati

Malay Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

Verse 2

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ

Transliteration wujūhun yawma-idhin khāshiʿatun

Malay Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

Verse 3

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ

Transliteration ʿāmilatun nāṣibatun

Malay Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

Verse 4

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً

Transliteration taṣlā nāran ḥāmiyatan

Malay Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

Verse 5

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ

Transliteration tus'qā min ʿaynin āniyatin

Malay Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

Verse 6

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ

Transliteration laysa lahum ṭaʿāmun illā min ḍarīʿin

Malay Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

Verse 7

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ

Transliteration lā yus'minu walā yugh'nī min jūʿin

Malay Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

Verse 8

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ

Transliteration wujūhun yawma-idhin nāʿimatun

Malay (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Verse 9

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ

Transliteration lisaʿyihā rāḍiyatun

Malay Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

Verse 10

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

Transliteration fī jannatin ʿāliyatin

Malay (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

Verse 11

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً

Transliteration lā tasmaʿu fīhā lāghiyatan

Malay Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

Verse 12

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ

Transliteration fīhā ʿaynun jāriyatun

Malay Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

Verse 13

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ

Transliteration fīhā sururun marfūʿatun

Malay Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

Verse 14

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ

Transliteration wa-akwābun mawḍūʿatun

Malay Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

Verse 15

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ

Transliteration wanamāriqu maṣfūfatun

Malay Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

Verse 16

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ

Transliteration wazarābiyyu mabthūthatun

Malay Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

Verse 17

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

Transliteration afalā yanẓurūna ilā l-ibili kayfa khuliqat

Malay (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

Verse 18

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ

Transliteration wa-ilā l-samāi kayfa rufiʿat

Malay Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

Verse 19

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ

Transliteration wa-ilā l-jibāli kayfa nuṣibat

Malay Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

Verse 20

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

Transliteration wa-ilā l-arḍi kayfa suṭiḥat

Malay Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Verse 21

فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ

Transliteration fadhakkir innamā anta mudhakkirun

Malay Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

Verse 22

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ

Transliteration lasta ʿalayhim bimuṣayṭirin

Malay Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

Verse 23

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

Transliteration illā man tawallā wakafara

Malay Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

Verse 24

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ

Transliteration fayuʿadhibuhu l-lahu l-ʿadhāba l-akbara

Malay Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

Verse 25

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ

Transliteration inna ilaynā iyābahum

Malay Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

Verse 26

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم

Transliteration thumma inna ʿalaynā ḥisābahum

Malay Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Read Surah Al-Ghashiyah in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.