Surah Al-Haqqah in Malay: translation and audio
Surah 69 · الحاقة · The Reality · 52 verses
Surah Al-Haqqah verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Haqqah word by word in English.
Verse 1
ٱلْحَآقَّةُ
Transliteration al-ḥāqatu
Malay Saat yang tetap berlaku itu -
Verse 2
مَا ٱلْحَآقَّةُ
Transliteration mā l-ḥāqatu
Malay Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
Verse 3
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحَآقَّةُ
Transliteration wamā adrāka mā l-ḥāqatu
Malay Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
Verse 4
كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌۢ بِٱلْقَارِعَةِ
Transliteration kadhabat thamūdu waʿādun bil-qāriʿati
Malay Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
Verse 5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا۟ بِٱلطَّاغِيَةِ
Transliteration fa-ammā thamūdu fa-uh'likū bil-ṭāghiyati
Malay Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
Verse 6
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا۟ بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
Transliteration wa-ammā ʿādun fa-uh'likū birīḥin ṣarṣarin ʿātiyatin
Malay Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
Verse 7
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى ٱلْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ
Transliteration sakharahā ʿalayhim sabʿa layālin wathamāniyata ayyāmin ḥusūman fatarā l-qawma fīhā ṣarʿā ka-annahum aʿjāzu nakhlin khāwiyatin
Malay Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
Verse 8
فَهَلْ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ
Transliteration fahal tarā lahum min bāqiyatin
Malay Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
Verse 9
وَجَآءَ فِرْعَوْنُ وَمَن قَبْلَهُۥ وَٱلْمُؤْتَفِكَـٰتُ بِٱلْخَاطِئَةِ
Transliteration wajāa fir'ʿawnu waman qablahu wal-mu'tafikātu bil-khāṭi-ati
Malay Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
Verse 10
فَعَصَوْا۟ رَسُولَ رَبِّهِمْ فَأَخَذَهُمْ أَخْذَةً رَّابِيَةً
Transliteration faʿaṣaw rasūla rabbihim fa-akhadhahum akhdhatan rābiyatan
Malay Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
Verse 11
إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلْمَآءُ حَمَلْنَـٰكُمْ فِى ٱلْجَارِيَةِ
Transliteration innā lammā ṭaghā l-māu ḥamalnākum fī l-jāriyati
Malay Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
Verse 12
لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَآ أُذُنٌ وَٰعِيَةٌ
Transliteration linajʿalahā lakum tadhkiratan wataʿiyahā udhunun wāʿiyatun
Malay (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
Verse 13
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفْخَةٌ وَٰحِدَةٌ
Transliteration fa-idhā nufikha fī l-ṣūri nafkhatun wāḥidatun
Malay Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
Verse 14
وَحُمِلَتِ ٱلْأَرْضُ وَٱلْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَٰحِدَةً
Transliteration waḥumilati l-arḍu wal-jibālu fadukkatā dakkatan wāḥidatan
Malay Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
Verse 15
فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
Transliteration fayawma-idhin waqaʿati l-wāqiʿatu
Malay Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
Verse 16
وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ
Transliteration wa-inshaqqati l-samāu fahiya yawma-idhin wāhiyatun
Malay Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
Verse 17
وَٱلْمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرْجَآئِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَـٰنِيَةٌ
Transliteration wal-malaku ʿalā arjāihā wayaḥmilu ʿarsha rabbika fawqahum yawma-idhin thamāniyatun
Malay Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
Verse 18
يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌ
Transliteration yawma-idhin tuʿ'raḍūna lā takhfā minkum khāfiyatun
Malay Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
Verse 19
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقْرَءُوا۟ كِتَـٰبِيَهْ
Transliteration fa-ammā man ūtiya kitābahu biyamīnihi fayaqūlu hāumu iq'raū kitābiyah
Malay Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
Verse 20
إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَـٰقٍ حِسَابِيَهْ
Transliteration innī ẓanantu annī mulāqin ḥisābiyah
Malay "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
Verse 21
فَهُوَ فِى عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Transliteration fahuwa fī ʿīshatin rāḍiyatin
Malay Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
Verse 22
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ
Transliteration fī jannatin ʿāliyatin
Malay Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
Verse 23
قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ
Transliteration quṭūfuhā dāniyatun
Malay Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
Verse 24
كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَآ أَسْلَفْتُمْ فِى ٱلْأَيَّامِ ٱلْخَالِيَةِ
Transliteration kulū wa-ish'rabū hanīan bimā aslaftum fī l-ayāmi l-khāliyati
Malay (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
Verse 25
وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَـٰلَيْتَنِى لَمْ أُوتَ كِتَـٰبِيَهْ
Transliteration wa-ammā man ūtiya kitābahu bishimālihi fayaqūlu yālaytanī lam ūta kitābiyah
Malay Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
Verse 26
وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ
Transliteration walam adri mā ḥisābiyah
Malay "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
Verse 27
يَـٰلَيْتَهَا كَانَتِ ٱلْقَاضِيَةَ
Transliteration yālaytahā kānati l-qāḍiyata
Malay "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
Verse 28
مَآ أَغْنَىٰ عَنِّى مَالِيَهْ ۜ
Transliteration mā aghnā ʿannī māliyah
Malay "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
Verse 29
هَلَكَ عَنِّى سُلْطَـٰنِيَهْ
Transliteration halaka ʿannī sul'ṭāniyah
Malay Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
Verse 30
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ
Transliteration khudhūhu faghullūhu
Malay (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
Verse 31
ثُمَّ ٱلْجَحِيمَ صَلُّوهُ
Transliteration thumma l-jaḥīma ṣallūhu
Malay "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
Verse 32
ثُمَّ فِى سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَٱسْلُكُوهُ
Transliteration thumma fī sil'silatin dharʿuhā sabʿūna dhirāʿan fa-us'lukūhu
Malay "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
Verse 33
إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ ٱلْعَظِيمِ
Transliteration innahu kāna lā yu'minu bil-lahi l-ʿaẓīmi
Malay "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
Verse 34
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ
Transliteration walā yaḥuḍḍu ʿalā ṭaʿāmi l-mis'kīni
Malay "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
Verse 35
فَلَيْسَ لَهُ ٱلْيَوْمَ هَـٰهُنَا حَمِيمٌ
Transliteration falaysa lahu l-yawma hāhunā ḥamīmun
Malay "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
Verse 36
وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍ
Transliteration walā ṭaʿāmun illā min ghis'līnin
Malay "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
Verse 37
لَّا يَأْكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلْخَـٰطِـُٔونَ
Transliteration lā yakuluhu illā l-khāṭiūna
Malay "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
Verse 38
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ
Transliteration falā uq'simu bimā tub'ṣirūna
Malay Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
Verse 39
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ
Transliteration wamā lā tub'ṣirūna
Malay Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
Verse 40
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ
Transliteration innahu laqawlu rasūlin karīmin
Malay Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
Verse 41
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ
Transliteration wamā huwa biqawli shāʿirin qalīlan mā tu'minūna
Malay Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
Verse 42
وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Transliteration walā biqawli kāhinin qalīlan mā tadhakkarūna
Malay Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
Verse 43
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Transliteration tanzīlun min rabbi l-ʿālamīna
Malay (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Verse 44
وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ ٱلْأَقَاوِيلِ
Transliteration walaw taqawwala ʿalaynā baʿḍa l-aqāwīli
Malay Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
Verse 45
لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِٱلْيَمِينِ
Transliteration la-akhadhnā min'hu bil-yamīni
Malay Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
Verse 46
ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ ٱلْوَتِينَ
Transliteration thumma laqaṭaʿnā min'hu l-watīna
Malay Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
Verse 47
فَمَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَـٰجِزِينَ
Transliteration famā minkum min aḥadin ʿanhu ḥājizīna
Malay Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
Verse 48
وَإِنَّهُۥ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ
Transliteration wa-innahu latadhkiratun lil'muttaqīna
Malay Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Verse 49
وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ
Transliteration wa-innā lanaʿlamu anna minkum mukadhibīna
Malay Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
Verse 50
وَإِنَّهُۥ لَحَسْرَةٌ عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ
Transliteration wa-innahu laḥasratun ʿalā l-kāfirīna
Malay Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
Verse 51
وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلْيَقِينِ
Transliteration wa-innahu laḥaqqu l-yaqīni
Malay Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
Verse 52
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ
Transliteration fasabbiḥ bi-is'mi rabbika l-ʿaẓīmi
Malay Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Read Surah Al-Haqqah in another language
- English (word by word)
- Albanian
- Amazigh
- Amharic
- Assamese
- Azerbaijani
- Bambara
- Bangla
- Bosnian
- Bulgarian
- Chechen
- Chinese
- Czech
- Dari
- Dhivehi
- Dutch
- Finnish
- French
- German
- Gujarati
- Hausa
- Hebrew
- Hindi
- Indonesian
- Italian
- Japanese
- Kannada
- Kazakh
- Khmer
- Kinyarwanda
- Korean
- Kurdish
- Luganda
- Malayalam
- Maranao
- Marathi
- Nepali
- Norwegian
- Oromo
- Pashto
- Persian
- Polish
- Portuguese
- Romanian
- Russian
- Sindhi
- Sinhala
- Somali
- Spanish
- Swahili
- Swedish
- Tagalog
- Tajik
- Tamil
- Tatar
- Telugu
- Thai
- Turkish
- Ukrainian
- Urdu
- Uyghur
- Uzbek
- Vietnamese
- Yao
- Yoruba
All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.
Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.