MyDugsiStart learning

Surah Al-Fajr in Malay: translation and audio

Surah 89 · الفجر · The Dawn · 30 verses

Surah Al-Fajr verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Fajr word by word in English.

Verse 1

وَٱلْفَجْرِ

Transliteration wal-fajri

Malay Demi waktu fajar;

Verse 2

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Transliteration walayālin ʿashrin

Malay Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Verse 3

وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ

Transliteration wal-shafʿi wal-watri

Malay Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Verse 4

وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ

Transliteration wa-al-layli idhā yasri

Malay Dan malam, apabila ia berlalu; -

Verse 5

هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ

Transliteration hal fī dhālika qasamun lidhī ḥij'rin

Malay Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

Verse 6

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ

Transliteration alam tara kayfa faʿala rabbuka biʿādin

Malay (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

Verse 7

إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ

Transliteration irama dhāti l-ʿimādi

Malay Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

Verse 8

ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَـٰدِ

Transliteration allatī lam yukh'laq mith'luhā fī l-bilādi

Malay Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Verse 9

وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُوا۟ ٱلصَّخْرَ بِٱلْوَادِ

Transliteration wathamūda alladhīna jābū l-ṣakhra bil-wādi

Malay Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Verse 10

وَفِرْعَوْنَ ذِى ٱلْأَوْتَادِ

Transliteration wafir'ʿawna dhī l-awtādi

Malay Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

Verse 11

ٱلَّذِينَ طَغَوْا۟ فِى ٱلْبِلَـٰدِ

Transliteration alladhīna ṭaghaw fī l-bilādi

Malay (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

Verse 12

فَأَكْثَرُوا۟ فِيهَا ٱلْفَسَادَ

Transliteration fa-aktharū fīhā l-fasāda

Malay Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Verse 13

فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ

Transliteration faṣabba ʿalayhim rabbuka sawṭa ʿadhābin

Malay Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Verse 14

إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ

Transliteration inna rabbaka labil-mir'ṣādi

Malay Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

Verse 15

فَأَمَّا ٱلْإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ

Transliteration fa-ammā l-insānu idhā mā ib'talāhu rabbuhu fa-akramahu wanaʿʿamahu fayaqūlu rabbī akramani

Malay (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Verse 16

وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ

Transliteration wa-ammā idhā mā ib'talāhu faqadara ʿalayhi riz'qahu fayaqūlu rabbī ahānani

Malay Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Verse 17

كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ ٱلْيَتِيمَ

Transliteration kallā bal lā tuk'rimūna l-yatīma

Malay Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Verse 18

وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ

Transliteration walā taḥāḍḍūna ʿalā ṭaʿāmi l-mis'kīni

Malay Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Verse 19

وَتَأْكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا

Transliteration watakulūna l-turātha aklan lamman

Malay Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Verse 20

وَتُحِبُّونَ ٱلْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Transliteration watuḥibbūna l-māla ḥubban jamman

Malay Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Verse 21

كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا

Transliteration kallā idhā dukkati l-arḍu dakkan dakkan

Malay Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Verse 22

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

Transliteration wajāa rabbuka wal-malaku ṣaffan ṣaffan

Malay Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Verse 23

وَجِا۟ىٓءَ يَوْمَئِذٍۭ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ ٱلْإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكْرَىٰ

Transliteration wajīa yawma-idhin bijahannama yawma-idhin yatadhakkaru l-insānu wa-annā lahu l-dhik'rā

Malay Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Verse 24

يَقُولُ يَـٰلَيْتَنِى قَدَّمْتُ لِحَيَاتِى

Transliteration yaqūlu yālaytanī qaddamtu liḥayātī

Malay Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Verse 25

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدٌ

Transliteration fayawma-idhin lā yuʿadhibu ʿadhābahu aḥadun

Malay Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

Verse 26

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدٌ

Transliteration walā yūthiqu wathāqahu aḥadun

Malay Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

Verse 27

يَـٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ

Transliteration yāayyatuhā l-nafsu l-muṭ'ma-inatu

Malay (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Verse 28

ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

Transliteration ir'jiʿī ilā rabbiki rāḍiyatan marḍiyyatan

Malay "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Verse 29

فَٱدْخُلِى فِى عِبَـٰدِى

Transliteration fa-ud'khulī fī ʿibādī

Malay "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

Verse 30

وَٱدْخُلِى جَنَّتِى

Transliteration wa-ud'khulī jannatī

Malay "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Read Surah Al-Fajr in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.