Surah An-Najm in Malay: translation and audio
Surah 53 · النجم · The Star · 62 verses
Surah An-Najm verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah An-Najm word by word in English.
Verse 1
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Transliteration wal-najmi idhā hawā
Malay Demi bintang semasa ia menjunam, -
Verse 2
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ
Transliteration mā ḍalla ṣāḥibukum wamā ghawā
Malay Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
Verse 3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ
Transliteration wamā yanṭiqu ʿani l-hawā
Malay Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Verse 4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ
Transliteration in huwa illā waḥyun yūḥā
Malay Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Verse 5
عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلْقُوَىٰ
Transliteration ʿallamahu shadīdu l-quwā
Malay wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
Verse 6
ذُو مِرَّةٍ فَٱسْتَوَىٰ
Transliteration dhū mirratin fa-is'tawā
Malay Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
Verse 7
وَهُوَ بِٱلْأُفُقِ ٱلْأَعْلَىٰ
Transliteration wahuwa bil-ufuqi l-aʿlā
Malay Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
Verse 8
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
Transliteration thumma danā fatadallā
Malay Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
Verse 9
فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ
Transliteration fakāna qāba qawsayni aw adnā
Malay Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Verse 10
فَأَوْحَىٰٓ إِلَىٰ عَبْدِهِۦ مَآ أَوْحَىٰ
Transliteration fa-awḥā ilā ʿabdihi mā awḥā
Malay Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Verse 11
مَا كَذَبَ ٱلْفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ
Transliteration mā kadhaba l-fuādu mā raā
Malay Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Verse 12
أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Transliteration afatumārūnahu ʿalā mā yarā
Malay Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Verse 13
وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ
Transliteration walaqad raāhu nazlatan ukh'rā
Malay Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Verse 14
عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ
Transliteration ʿinda sid'rati l-muntahā
Malay Di sisi "Sidratul-Muntaha";
Verse 15
عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ
Transliteration ʿindahā jannatu l-mawā
Malay Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
Verse 16
إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
Transliteration idh yaghshā l-sid'rata mā yaghshā
Malay (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Verse 17
مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ
Transliteration mā zāgha l-baṣaru wamā ṭaghā
Malay Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Verse 18
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ
Transliteration laqad raā min āyāti rabbihi l-kub'rā
Malay Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Verse 19
أَفَرَءَيْتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلْعُزَّىٰ
Transliteration afara-aytumu l-lāta wal-ʿuzā
Malay (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
Verse 20
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلْأُخْرَىٰٓ
Transliteration wamanata l-thālithata l-ukh'rā
Malay Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
Verse 21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ
Transliteration alakumu l-dhakaru walahu l-unthā
Malay Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
Verse 22
تِلْكَ إِذًا قِسْمَةٌ ضِيزَىٰٓ
Transliteration til'ka idhan qis'matun ḍīzā
Malay Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
Verse 23
إِنْ هِىَ إِلَّآ أَسْمَآءٌ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَـٰنٍ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهْوَى ٱلْأَنفُسُ ۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلْهُدَىٰٓ
Transliteration in hiya illā asmāon sammaytumūhā antum waābāukum mā anzala l-lahu bihā min sul'ṭānin in yattabiʿūna illā l-ẓana wamā tahwā l-anfusu walaqad jāahum min rabbihimu l-hudā
Malay Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
Verse 24
أَمْ لِلْإِنسَـٰنِ مَا تَمَنَّىٰ
Transliteration am lil'insāni mā tamannā
Malay Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
Verse 25
فَلِلَّهِ ٱلْـَٔاخِرَةُ وَٱلْأُولَىٰ
Transliteration falillahi l-ākhiratu wal-ūlā
Malay Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
Verse 26
۞ وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ لَا تُغْنِى شَفَـٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ أَن يَأْذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَىٰٓ
Transliteration wakam min malakin fī l-samāwāti lā tugh'nī shafāʿatuhum shayan illā min baʿdi an yadhana l-lahu liman yashāu wayarḍā
Malay (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
Verse 27
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْـَٔاخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ تَسْمِيَةَ ٱلْأُنثَىٰ
Transliteration inna alladhīna lā yu'minūna bil-ākhirati layusammūna l-malāikata tasmiyata l-unthā
Malay Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
Verse 28
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ ۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا
Transliteration wamā lahum bihi min ʿil'min in yattabiʿūna illā l-ẓana wa-inna l-ẓana lā yugh'nī mina l-ḥaqi shayan
Malay Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Verse 29
فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
Transliteration fa-aʿriḍ ʿan man tawallā ʿan dhik'rinā walam yurid illā l-ḥayata l-dun'yā
Malay Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
Verse 30
ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱهْتَدَىٰ
Transliteration dhālika mablaghuhum mina l-ʿil'mi inna rabbaka huwa aʿlamu biman ḍalla ʿan sabīlihi wahuwa aʿlamu bimani ih'tadā
Malay (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Verse 31
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ لِيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَسَـٰٓـُٔوا۟ بِمَا عَمِلُوا۟ وَيَجْزِىَ ٱلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ بِٱلْحُسْنَى
Transliteration walillahi mā fī l-samāwāti wamā fī l-arḍi liyajziya alladhīna asāū bimā ʿamilū wayajziya alladhīna aḥsanū bil-ḥus'nā
Malay Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
Verse 32
ٱلَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَـٰٓئِرَ ٱلْإِثْمِ وَٱلْفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
Transliteration alladhīna yajtanibūna kabāira l-ith'mi wal-fawāḥisha illā l-lamama inna rabbaka wāsiʿu l-maghfirati huwa aʿlamu bikum idh ansha-akum mina l-arḍi wa-idh antum ajinnatun fī buṭūni ummahātikum falā tuzakkū anfusakum huwa aʿlamu bimani ittaqā
Malay (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Verse 33
أَفَرَءَيْتَ ٱلَّذِى تَوَلَّىٰ
Transliteration afara-ayta alladhī tawallā
Malay Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
Verse 34
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰٓ
Transliteration wa-aʿṭā qalīlan wa-akdā
Malay Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
Verse 35
أَعِندَهُۥ عِلْمُ ٱلْغَيْبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ
Transliteration aʿindahu ʿil'mu l-ghaybi fahuwa yarā
Malay Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
Verse 36
أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِى صُحُفِ مُوسَىٰ
Transliteration am lam yunabba bimā fī ṣuḥufi mūsā
Malay Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
Verse 37
وَإِبْرَٰهِيمَ ٱلَّذِى وَفَّىٰٓ
Transliteration wa-ib'rāhīma alladhī waffā
Malay Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
Verse 38
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Transliteration allā taziru wāziratun wiz'ra ukh'rā
Malay (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
Verse 39
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Transliteration wa-an laysa lil'insāni illā mā saʿā
Malay Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Verse 40
وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ
Transliteration wa-anna saʿyahu sawfa yurā
Malay Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
Verse 41
ثُمَّ يُجْزَىٰهُ ٱلْجَزَآءَ ٱلْأَوْفَىٰ
Transliteration thumma yuj'zāhu l-jazāa l-awfā
Malay Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
Verse 42
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلْمُنتَهَىٰ
Transliteration wa-anna ilā rabbika l-muntahā
Malay Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
Verse 43
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
Transliteration wa-annahu huwa aḍḥaka wa-abkā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Verse 44
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا
Transliteration wa-annahu huwa amāta wa-aḥyā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
Verse 45
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ
Transliteration wa-annahu khalaqa l-zawjayni l-dhakara wal-unthā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
Verse 46
مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ
Transliteration min nuṭ'fatin idhā tum'nā
Malay Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
Verse 47
وَأَنَّ عَلَيْهِ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُخْرَىٰ
Transliteration wa-anna ʿalayhi l-nashata l-ukh'rā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
Verse 48
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ
Transliteration wa-annahu huwa aghnā wa-aqnā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
Verse 49
وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعْرَىٰ
Transliteration wa-annahu huwa rabbu l-shiʿ'rā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
Verse 50
وَأَنَّهُۥٓ أَهْلَكَ عَادًا ٱلْأُولَىٰ
Transliteration wa-annahu ahlaka ʿādan l-ūlā
Malay Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
Verse 51
وَثَمُودَا۟ فَمَآ أَبْقَىٰ
Transliteration wathamūdā famā abqā
Malay Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
Verse 52
وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ
Transliteration waqawma nūḥin min qablu innahum kānū hum aẓlama wa-aṭghā
Malay Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
Verse 53
وَٱلْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَىٰ
Transliteration wal-mu'tafikata ahwā
Malay Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
Verse 54
فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ
Transliteration faghashāhā mā ghashā
Malay Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
Verse 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbika tatamārā
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
Verse 56
هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلْأُولَىٰٓ
Transliteration hādhā nadhīrun mina l-nudhuri l-ūlā
Malay (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
Verse 57
أَزِفَتِ ٱلْـَٔازِفَةُ
Transliteration azifati l-āzifatu
Malay Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
Verse 58
لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ
Transliteration laysa lahā min dūni l-lahi kāshifatun
Malay Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
Verse 59
أَفَمِنْ هَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ
Transliteration afamin hādhā l-ḥadīthi taʿjabūna
Malay Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
Verse 60
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ
Transliteration wataḍḥakūna walā tabkūna
Malay Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
Verse 61
وَأَنتُمْ سَـٰمِدُونَ
Transliteration wa-antum sāmidūna
Malay Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
Verse 62
فَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ وَٱعْبُدُوا۟ ۩
Transliteration fa-us'judū lillahi wa-uʿ'budū
Malay Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
Read Surah An-Najm in another language
- English (word by word)
- Albanian
- Amazigh
- Amharic
- Assamese
- Azerbaijani
- Bambara
- Bangla
- Bosnian
- Bulgarian
- Chechen
- Chinese
- Czech
- Dari
- Dhivehi
- Dutch
- Finnish
- French
- German
- Gujarati
- Hausa
- Hebrew
- Hindi
- Indonesian
- Italian
- Japanese
- Kannada
- Kazakh
- Khmer
- Kinyarwanda
- Korean
- Kurdish
- Luganda
- Malayalam
- Maranao
- Marathi
- Nepali
- Norwegian
- Oromo
- Pashto
- Persian
- Polish
- Portuguese
- Romanian
- Russian
- Sindhi
- Sinhala
- Somali
- Spanish
- Swahili
- Swedish
- Tagalog
- Tajik
- Tamil
- Tatar
- Telugu
- Thai
- Turkish
- Ukrainian
- Urdu
- Uyghur
- Uzbek
- Vietnamese
- Yao
- Yoruba
All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.
Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.