Surah Ar-Rahman in Malay: translation and audio
Surah 55 · الرحمن · The Beneficent · 78 verses
Surah Ar-Rahman verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Ar-Rahman word by word in English.
Verse 1
ٱلرَّحْمَـٰنُ
Transliteration al-raḥmānu
Malay (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Verse 2
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
Transliteration ʿallama l-qur'āna
Malay Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Verse 3
خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ
Transliteration khalaqa l-insāna
Malay Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
Verse 4
عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ
Transliteration ʿallamahu l-bayāna
Malay Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Verse 5
ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Transliteration al-shamsu wal-qamaru biḥus'bānin
Malay Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Verse 6
وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
Transliteration wal-najmu wal-shajaru yasjudāni
Malay Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Verse 7
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ
Transliteration wal-samāa rafaʿahā wawaḍaʿa l-mīzāna
Malay Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Verse 8
أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ
Transliteration allā taṭghaw fī l-mīzāni
Malay Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Verse 9
وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ
Transliteration wa-aqīmū l-wazna bil-qis'ṭi walā tukh'sirū l-mīzāna
Malay Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Verse 10
وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
Transliteration wal-arḍa waḍaʿahā lil'anāmi
Malay Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Verse 11
فِيهَا فَـٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ
Transliteration fīhā fākihatun wal-nakhlu dhātu l-akmāmi
Malay Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Verse 12
وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ
Transliteration wal-ḥabu dhū l-ʿaṣfi wal-rayḥānu
Malay Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Verse 13
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Verse 14
خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِن صَلْصَـٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ
Transliteration khalaqa l-insāna min ṣalṣālin kal-fakhāri
Malay Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Verse 15
وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
Transliteration wakhalaqa l-jāna min mārijin min nārin
Malay Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Verse 16
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 17
رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ
Transliteration rabbu l-mashriqayni warabbu l-maghribayni
Malay (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Verse 18
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 19
مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Transliteration maraja l-baḥrayni yaltaqiyāni
Malay Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Verse 20
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Transliteration baynahumā barzakhun lā yabghiyāni
Malay Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Verse 21
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 22
يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ
Transliteration yakhruju min'humā l-lu'lu-u wal-marjānu
Malay Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Verse 23
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 24
وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَـٰمِ
Transliteration walahu l-jawāri l-munshaātu fī l-baḥri kal-aʿlāmi
Malay Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Verse 25
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 26
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Transliteration kullu man ʿalayhā fānin
Malay Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Verse 27
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ
Transliteration wayabqā wajhu rabbika dhū l-jalāli wal-ik'rāmi
Malay Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Verse 28
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 29
يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ
Transliteration yasaluhu man fī l-samāwāti wal-arḍi kulla yawmin huwa fī shanin
Malay Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Verse 30
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
Verse 31
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ
Transliteration sanafrughu lakum ayyuha l-thaqalāni
Malay Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
Verse 32
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 33
يَـٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَـٰنٍ
Transliteration yāmaʿshara l-jini wal-insi ini is'taṭaʿtum an tanfudhū min aqṭāri l-samāwāti wal-arḍi fa-unfudhū lā tanfudhūna illā bisul'ṭānin
Malay Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Verse 34
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 35
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ
Transliteration yur'salu ʿalaykumā shuwāẓun min nārin wanuḥāsun falā tantaṣirāni
Malay Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Verse 36
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 37
فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ
Transliteration fa-idhā inshaqqati l-samāu fakānat wardatan kal-dihāni
Malay Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
Verse 38
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 39
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ
Transliteration fayawma-idhin lā yus'alu ʿan dhanbihi insun walā jānnun
Malay Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
Verse 40
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 41
يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ
Transliteration yuʿ'rafu l-muj'rimūna bisīmāhum fayu'khadhu bil-nawāṣī wal-aqdāmi
Malay Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Verse 42
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 43
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ
Transliteration hādhihi jahannamu allatī yukadhibu bihā l-muj'rimūna
Malay (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Verse 44
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ
Transliteration yaṭūfūna baynahā wabayna ḥamīmin ānin
Malay Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
Verse 45
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 46
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ
Transliteration waliman khāfa maqāma rabbihi jannatāni
Malay Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
Verse 47
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 48
ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ
Transliteration dhawātā afnānin
Malay (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
Verse 49
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 50
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Transliteration fīhimā ʿaynāni tajriyāni
Malay Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
Verse 51
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
Verse 52
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوْجَانِ
Transliteration fīhimā min kulli fākihatin zawjāni
Malay Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Verse 53
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 54
مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
Transliteration muttakiīna ʿalā furushin baṭāinuhā min is'tabraqin wajanā l-janatayni dānin
Malay Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Verse 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 56
فِيهِنَّ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ
Transliteration fīhinna qāṣirātu l-ṭarfi lam yaṭmith'hunna insun qablahum walā jānnun
Malay Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Verse 57
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 58
كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ
Transliteration ka-annahunna l-yāqūtu wal-marjānu
Malay Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Verse 59
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 60
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ
Transliteration hal jazāu l-iḥ'sāni illā l-iḥ'sānu
Malay Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
Verse 61
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 62
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
Transliteration wamin dūnihimā jannatāni
Malay Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Verse 63
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 64
مُدْهَآمَّتَانِ
Transliteration mud'hāmmatāni
Malay Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Verse 65
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 66
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
Transliteration fīhimā ʿaynāni naḍḍākhatāni
Malay Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Verse 67
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 68
فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
Transliteration fīhimā fākihatun wanakhlun warummānun
Malay Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Verse 69
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 70
فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ
Transliteration fīhinna khayrātun ḥisānun
Malay Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Verse 71
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 72
حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ
Transliteration ḥūrun maqṣūrātun fī l-khiyāmi
Malay Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Verse 73
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 74
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ
Transliteration lam yaṭmith'hunna insun qablahum walā jānnun
Malay (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Verse 75
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 76
مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ
Transliteration muttakiīna ʿalā rafrafin khuḍ'rin waʿabqariyyin ḥisānin
Malay Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Verse 77
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Transliteration fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni
Malay Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Verse 78
تَبَـٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ
Transliteration tabāraka us'mu rabbika dhī l-jalāli wal-ik'rāmi
Malay Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Read Surah Ar-Rahman in another language
- English (word by word)
- Albanian
- Amazigh
- Amharic
- Assamese
- Azerbaijani
- Bambara
- Bangla
- Bosnian
- Bulgarian
- Chechen
- Chinese
- Czech
- Dari
- Dhivehi
- Dutch
- Finnish
- French
- German
- Gujarati
- Hausa
- Hebrew
- Hindi
- Indonesian
- Italian
- Japanese
- Kannada
- Kazakh
- Khmer
- Kinyarwanda
- Korean
- Kurdish
- Luganda
- Malayalam
- Maranao
- Marathi
- Nepali
- Norwegian
- Oromo
- Pashto
- Persian
- Polish
- Portuguese
- Romanian
- Russian
- Sindhi
- Sinhala
- Somali
- Spanish
- Swahili
- Swedish
- Tagalog
- Tajik
- Tamil
- Tatar
- Telugu
- Thai
- Turkish
- Ukrainian
- Urdu
- Uyghur
- Uzbek
- Vietnamese
- Yao
- Yoruba
All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.
Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.