MyDugsiStart learning

Surah Al-Buruj in Malay: translation and audio

Surah 85 · البروج · The Mansions of the Stars · 22 verses

Surah Al-Buruj verse by verse: the Arabic with a recitation you can repeat, the transliteration, and the Malay translation by Abdullah Muhammad Basmeih. For the meaning of every word, see Surah Al-Buruj word by word in English.

Verse 1

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ

Transliteration wal-samāi dhāti l-burūji

Malay Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

Verse 2

وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ

Transliteration wal-yawmi l-mawʿūdi

Malay Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

Verse 3

وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ

Transliteration washāhidin wamashhūdin

Malay Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

Verse 4

قُتِلَ أَصْحَـٰبُ ٱلْأُخْدُودِ

Transliteration qutila aṣḥābu l-ukh'dūdi

Malay Celakalah kaum yang menggali parit,

Verse 5

ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ

Transliteration al-nāri dhāti l-waqūdi

Malay (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

Verse 6

إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ

Transliteration idh hum ʿalayhā quʿūdun

Malay (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

Verse 7

وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ

Transliteration wahum ʿalā mā yafʿalūna bil-mu'minīna shuhūdun

Malay Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

Verse 8

وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ

Transliteration wamā naqamū min'hum illā an yu'minū bil-lahi l-ʿazīzi l-ḥamīdi

Malay Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

Verse 9

ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

Transliteration alladhī lahu mul'ku l-samāwāti wal-arḍi wal-lahu ʿalā kulli shayin shahīdun

Malay Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Verse 10

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ

Transliteration inna alladhīna fatanū l-mu'minīna wal-mu'mināti thumma lam yatūbū falahum ʿadhābu jahannama walahum ʿadhābu l-ḥarīqi

Malay Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Verse 11

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ جَنَّـٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ

Transliteration inna alladhīna āmanū waʿamilū l-ṣāliḥāti lahum jannātun tajrī min taḥtihā l-anhāru dhālika l-fawzu l-kabīru

Malay Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Verse 12

إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ

Transliteration inna baṭsha rabbika lashadīdun

Malay Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Verse 13

إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ

Transliteration innahu huwa yub'di-u wayuʿīdu

Malay Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

Verse 14

وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ

Transliteration wahuwa l-ghafūru l-wadūdu

Malay Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

Verse 15

ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ

Transliteration dhū l-ʿarshi l-majīdu

Malay Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

Verse 16

فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ

Transliteration faʿʿālun limā yurīdu

Malay Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

Verse 17

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ

Transliteration hal atāka ḥadīthu l-junūdi

Malay Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

Verse 18

فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ

Transliteration fir'ʿawna wathamūda

Malay (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

Verse 19

بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ

Transliteration bali alladhīna kafarū fī takdhībin

Malay (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

Verse 20

وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ

Transliteration wal-lahu min warāihim muḥīṭun

Malay Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

Verse 21

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ

Transliteration bal huwa qur'ānun majīdun

Malay (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

Verse 22

فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ

Transliteration fī lawḥin maḥfūẓin

Malay (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Read Surah Al-Buruj in another language

All languages

All 114 surahs in Malay: the Qur’an in Malay.

Learn it in MyDugsi

Malay translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Quran.com. Transliteration: Quran.com. Recitation: Mishary Alafasy, from EveryAyah.com. MyDugsi is a learning aid, not a replacement for a qualified teacher.